Mengenai AiI

Mengenai Akademi dalam Industri (AiI)

 

Inisiatif Academy in Industry (AiI) merupakan salah satu program kerjasama inovatif antara pihak kerajaan, industri, dan akademia dalam mendepani cabaran – cabaran yang dihadapi dalam peningkatan bakat. 

Program Academy In Industry (AiI) adalah program bekerja sambil belajar di bawah seliaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama inovatif antara pihak Kerajaan, industri dan akademia dalam mendepani cabaran-cabaran yang dihadapi dalam membangunkan bakat tempatan

 

Objektif

  • Membangunkan tenaga kerja masa hadapan yang mampan berasaskan permintaan pasaran dan keperluan industri;
  • Merapatkan jurang antara penawaran dan permintaan tenaga kerja;
  • Membangunkan bakat tempatan yang menerima upah yang berpadanan dengan kemahiran;
  • Mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing; dan
  • Meningkatkan pencapaian pendidikan negara.

 

Laluan kerjaya Akademi dalam Industri

  • Penanda aras gaji bakat AiI adalah berdasarkan kompetensi tahap kemahiran dan pengalaman calon.
  • Perantis AiI akan menerima gaji minimum penuh dan elaun-elaun lain yang disediakan oleh syarikat
  • Perantis AiI perlu mengikuti program ini selama 6-18 bulan bagi melayakkan mereka untuk menerima sijil graduan AiI, iaitu setaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
  • Modul program AiI merangkumi modul am dan modul spesifik menjurus kepada operasi syarikat yang terbabit.

 

Syarat penyertaan

Berikut merupakan syarat-syarat utama yang perlu dipenuhi oleh individu yang berminat untuk mendaftar dalam program Akademi dalam Industri:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 hingga 40 tahun;
  • Mempunyai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M);
  • Lulus ujian saringan AiI;

 

Cara Memohon

Proses untuk menyertai program AiI:

Langkah 1 : Daftar sebagai calon perantis AiI di https://www.aii.gov.my

Langkah 2 : Ujian saringan AiI (kemahiran membaca, menulis, mengira)

Langkah 3 : Status penerimaan tawaran melalui https://www.aii.gov.my

Langkah 4 : Terima tawaran AiI, tawaran bekerja dan terima Sijil SKM setelah tamat tempoh kursus

 

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan kami aii@mpc.gov.my atau di 019 - 300 7289