Terms & Conditions

A. SYARIKAT

  1. 1. Terbuka kepada semua kategori syarikat yang memerlukan bakat/tenaga kerja.
  2. 2. Syarikat mempunyai sijil pendaftaran SSM dan tidak berada di dalam sebarang tindakan perundangan.
  3. 3. Syarikat perlu mendaftar di portal AiI (https://aii.mpc.gov.my ) untuk menjadi rakan strategik di bawah inisiatif AiI.
  4. 4. Syarikat yang telah menerima surat tawaran Akademi dalam Industri (AiI) perlu memberi maklumbalas setuju terima tawaran.
  5. 5. Syarikat mendapatkan pentauliahan SLDN (sekiranya belum ditauliahkan) bagi melayakkan bakat mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf.
  6. 6. Latihan kemahiran yang dijalankan oleh syarikat adalah berkonsepkan Place and Train, iaitu bekerja dan belajar dengan nisbah 30% pembelajaran teori dan 70% praktikal.
  7. 7. Bagi tuntutan insentif AiI, syarikat perlu mendaftarkan nama setiap bakat yang akan menjalani kemahiran di portal AiI (Sistem MPC) dan MySpike (Sistem JPK).
  8. 8. Syarikat yang tidak mempunyai tempat latihan boleh bekerjasama dengan mana-mana pusat latihan bagi menjalankan latihan kemahiran kepada bakat.
  9. 9. Syarikat perlu mengeluarkan surat tawaran bekerja kepada bakat dan melampirkan surat tersebut untuk tujuan tuntutan insentif.
  10. 10. Syarikat boleh menawarkan program AiI kepada pekerja sedia ada yang telah bekerja TIDAK melebihi setahun dari tarikh surat tawaran Akademi dalam Industri (AiI) dikeluarkan.

 

 

B. BAKAT

  1. 1. Permohonan dibuka kepada semua bakat yang memerlukan pekerjaan serta berminat untuk meningkatkan kemahiran ke Tahap 2 atau 3 tidak mengira tahap kelulusan yang ada.
  2. 2. Bakat mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 - 40 tahun.
  3. 3. Bakat perlu mendaftar di portal AiI (https://aii.mpc.gov.my) dan LULUS ujian saringan AiI.
  4. 4. Bakat akan menerima surat tawaran bekerja daripada syarikat di bawah inisiatif AiI sekiranya mendapat penempatan bekerja.
  5. 5. Seorang bakat hanya dibenarkan untuk mengambil pensijilan SATU bidang kemahiran sahaja melalui syarikat AiI.
  6. 6. Bakat akan bekerja sambil menjalani latihan sehingga maksimum 18 bulan untuk bagi melayakkan menerima insentif penuh.
  7. 7. Bakat akan menerima insentif sekiranya bekerja di Syarikat di bawah program AiI dan melalui tiga (3) fasa bayaran iaitu pada bulan pertama, kesembilan dan ke-18, mengikut bidang kemahiran.

 

C. PUSAT LATIHAN

  1. 1. Pusat Latihan perlu bekerjasama dengan Syarikat / Industri bagi menyokong konsep Place and Train yang diketengahkan oleh AiI.
  2. 2. Pusat Latihan dan syarikat kerjasama perlu mendaftar di portal AiI (https://aii.mpc.gov.my) di bawah kategori Syarikat.
  3. 3. Surat lantikan penyedia latihan akan dikeluarkan oleh majikan (syarikat)
  4. 4. Pusat Latihan perlu menyediakan latihan kepada industri mengikut keperluan NOSS yang telah dipilih oleh Syarikat.
  5. 5. Bayaran insentif daripada Pusat Latihan akan disalurkan kepada syarikat Kerjasama mengikut fasa bayaran yang telah ditetapkan seperti terma Syarikat.
  6. 6. Penyedia latihan boleh melatih seramai 25 bakat AiI atau lebih, bagi satu bidang kemahiran mengikut keluasan Pusat Latihan.