Sumbangan signifikan sektor agromakanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2022 berjumlah RM173.9 bilion atau 11.5%. Nilai tambahan (value added) ini meliputi pengeluaran agromakanan dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.
Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan dengan peruntukan RM400 juta, memberikan tumpuan khusus untuk meningkatkan pengeluaran makanan tempatan yang masih bergantung kepada sumber import. Belia perlu ‘meremajakan’ sektor ini yang masih dianggap tidak gah berbanding sektor lain.